Bismillahirahmanirahim...
Ape khabar shbt2 semua...di harap semua sihat walafiat walaupun sekarang musim demam selsema..ape yg penting,jg kesihatan dan jangan lupa minum air masak banyak - banyak untuk elak selsema dengan izin pemilik kita semua..bagi yang dah kena selsema cepat - cepat pergi jumpe doktor ye..nanti boleh memudharatkan diri dan menjejaskan amal ibadah..=)
ok la..da panjang merapu nie..untuk entry kali nie i.allah ana nak kongsi setitis ilmu berkaitan dengan permasalahan wanita yang mungkin dapat membantu diri kita semua dalam bergelar muslimah,mukminah solehah..inshaAllah...
Soalan: Bilakah peristiwa permulaan haidh berlaku kepada kaum perempuan?
Jawapan :
Sebahagian besar ulama' mengatakan perempuan pertama yang berhaidh ialah ibu kita yakni Hawa,setelah beliau turun dari syurga ketika memecahkan pohon gandum dan mengeluarkan airnya, Allah berfirman :" Demi kemuliaan dan kebesaranku,Aku akan mengalirkan darahmu sebagaimana engkau mengalirkan air pohon ini
Soalan : Bilakah umur seseorang perempuan itu mulai haidh?
Jawapan :
Imam-imam mazhab yang empat berpendapat bahawa sekurang - kurangnya umur berlaku haidh kepada seseorang perempuan ialah sembilah tahun.Ianya berdasarkan kebiasaan kaum perempuan tidak didatangi haidh sebelum umur sembilan tahun.namun,tidak semua wanita yang didatangi haidh,ada yang tidak pernah didatangi haidh sebagaimana Fatimah az-Zahra' r.a. Beliau digelarkan dengan zahra' yang bermaksud yang terlindung dan bersih kerana ia tidak pernah berhaidh seumur hidupnya.Walaubagaimanapun ada yang pendapat yang mengatakan beliau juga didatangi haidh.
kebiasaan haidh berlaku kepada kaum perempuan di antara usia 12 - 50 tahun. Haidh juga boleh berlaku kepada perempuan berusia lebih 50 tahun berdasarkan kepada keadaan fizikal, suasana persekitaran dan iklim yang didiaminya.
Syaidatina Aisyah berkata : apabila seseorang budak perempuan telah berumur 9 tahun, dia dianggap wanita (dewasa)
Soalan : Bagaimanakah jika darah keluar sebelum umur mencecah sembilan tahun?
Jawapan :
Jika darah keluar sebelum genap usia sembilan tahun maka darah itu bukannya darah haidh.
Imam Syafie r.a berkata : " jika seseorang perempuan keluar darah sebelum genap usia sembilan tahun maka ia adalah darah fasid ( rosak ) dan tidak dikatakan darah istihadah kerana darah istihadah berlaku selepas berlakunya haidh".
Soalan :
Adakah haidh tanda baligh seseorang perempuan?
Jawapan:
Naam,haidh adalah tanda baligh bagi seseorang perempuan itu.Apabila dia mula didatangi haidh maka dia mula dipertanggungjawabkan dengan hukum hakam syara' dan menjadi seorang mukallaf.
Ibn al-Jauzi r.a berkata : perempuan menjadi baligh dengan salah satu daripada lima perkara iaitu :
- mimpi
- genap usia lima belas tahun
- tumbuh bulu kemaluan
- kedatangan haidh
- mengandung.
Soalan : Bilakah usia seseorang perempuan itu akan berhenti haidh (menopaus)
Jawapan :
Fuqaha' mempunyai pelbagai pandangan dalam menentukan usia berakhirnya haidh kerana tiada nas yang menyebutkan tentangnya. Pandangan tersebut adalah :
- menurut ulama' mazhab Syafie bahawa usia menopaus ialah 62 tahun.Namun,ada juga ulama' mazhab Syafie yang menyatakan bahawa tiada had maksimum bagi penamat haidh
- menurut ulama'mazhab Hanafi menyatakan usia menopaus ialah ketika berusia 55 - 60 tahun
- munurut ulama' mazhab Maliki menyatakan usia menopaus ialah 70 tahun dan perempuan yang berusia antara 50 - 70 tahun.
- ulama' mazhab Hambali menyatakan tidak ada haidh selepas 5o tahun berdasarkan ucapan Aisyah r.a yang berkata : "apabila seseorang perempuan sampai usia 50 tahun maka keluarlah dia daripada batasab umur haidh"
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi 1001 manfaat untuk kita semua..jangan malu untuk bertanya berkaitan dengan hukum sebagaimana firman Allah yang bermaksud :tanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui....
jom,kita same - same berlumba - lumba dalam mengali khazanah ilmu sementara mata belum tertutup..=)
p/s : untuk entry seterusnya inshaAllah ana akan kongsikan berkaitan dengan tempoh haidh...