About The Author
CUKUPLAH NAMAMU YA RABBI DIHATIKU.... ~Aku menyerahkan jiwaku kepada Allah,mudah-mudahan Allah membuka pintu kemenangan kepada kita.Siapa yang mahu ikut aku silakan~ (Al-Zubair bin Al-Awwam)
Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahan – Mu
Itulah yang memberhentikan aku di pintu – Mu
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku
Dalam lemah dan hina
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkau yang mencukupkan
Hidupkanlah hati – hati ini
Dengan makrifat-Mu
Matikanlah kami
Sebagai pejuang agama-Mu
Puaskanlah keluargaku dengan aturan-Mu
Berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan tanggungjawab selaku pemimpin
Ingatkanlah aku
Bahawa aku hanya seorang hamba
Supaya tidak lupa
Ya Allah...perkenankanlah permintaanku ini..
<<>>
Andai perjuangan itu mudah pasti ramai yang menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu
Turun naiknya...
Sakit pedihnya...
Umpama kemanisan yang tidak terhingga
~ bacalah dengan nama tuhanMU ~ Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities
0 comments:
Post a Comment